J-KOM Nadi Perhubungan Antara Kerajaan dan Rakyat – Bung

Bung-j-kom.jpg

Bung bergambar bersama Zuraidi (tiga dari kanan) dan pegawai-pegawai kanan J-KOM yang lain.

Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dapat memainkan peranan serta fungsinya sebagai jambatan yang menjadi nadi perhubungan antara kerajaan dan rakyat.

Katanya ini sesuai dengan matlamat (J-KOM) bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.

“Di zaman kemajuan teknologi maklumat ini kita tidak dapat lari dari pelbagai isu dan proganda yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada di media sosial, portal dan media lain dalam talian yang sengaja memutar belitkan fakta yang jika tidak dibendung boleh merosakan pemikiran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat rombongan J-KOM pusat di pejabatnya pada Jumaat.

Rombongan yang diketuai Ketua PengarajhJ-KOM Datuk Dr Zuraidi Ishak itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunkasi komuniti) Dr Al Azharri Siddiq Kamunri, Pengarah Bahagian Sumber Manusia Arfizan Ramli, Ketua Unit Perhubungan Awam Siti Mahmudah Sudiman dan Pegawai Khas Ketua Pengarah/Pengarah Pendidikan JKOM Zulkifli Othman.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, kaedah yang digunakan J-KOM ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti’.”

“Selain menyalurkan maklumat dari kerajaan kepada rakyat, kita juga berharap J-KOM dapat menyampaikan maklumat dari akar umbi mengenai isu semasa terutama dalam aspek pembangunan dan kebajikan rakyat,” tambah beliau.

Bung juga memaklumkan dari taklimat ringkas yang disampaikan oleh Zuraidi semasa perjumpaan tersebut fungsi J-KOM berbeza dengan Jabatan Penerangan (JPEN)

Katanya, fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindih dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.

Bung juga menangkis dakwaan pihak pembangkang yang J-KOM sebagai agen penyebar propaganda yang dipergunakan untuk kepentingan politik.

“Ini hanya persepsi mereka (pembangkang). Perlu diingat ketua pengarah, timbalan serta pegawainya yang lain bukanlah dilantik dari kalangan orang poiitik, proses lantikan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ia merupakan golongan profesional dan pegawai tadbir yang bersahsiah tinggi,” jelas Bung.

Semasa perjumpaan tersebut, Zuraidi memaklumkan J-KOM akan membuka pejabatnya di Sabah yang mana keutamaan diberikan kepada anak Sabah yang berkelayakan sebagai pengarah selain menempatkan pegawai-pegawai J-KOM di seluruh daerah mengikut kawasan Parlimen.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top