Isytihar 31 Ogos Hari Kemerdekaan Sabah – Dr Jeffrey

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah harus secara rasmi mengiktiraf 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan negeri, menandakan berakhirnya pemerintahan Inggeris pada tahun 1963, dan menjadikan hari itu sebagai hari cuti negeri, kata presiden STAR Datuk Jeffrey Kitingan hari ini.

FMT melaporkan Jeffrey sebagai berkata pengiktirafan hari kemerdekaannya akan secara efektif mematikan setiap langkah Filipina untuk memaksakan kedaulatannya ke atas negeri ini.

Jeffrey menyatakan bahawa Sarawak telah membuat pengisytiharan seperti itu pada tahun 2016.

Katanya, Sir William Goode, Gabenor Borneo Utara Britain yang terakhir telah menyatakan 31 Ogos sebagai hari bersejarah yang menandakan permulaan pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya penjajahan.

Majlis Perundangan negeri telah meluluskan resolusi sebulat suara pada 8 Ogos 1963, secara sepihak menyatakan bahawa Sabah akan merdeka pada 31 Ogos, tidak kira sama ada Malaysia wujud pada hari itu. (Pembentukan Malaysia, dijadualkan pada 31 Ogos 1963, ditangguhkan hingga 16 September sementara menunggu keputusan referendum PBB yang dijalankan di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.)

Menurut Jeffrey lagi, Proklamasi Malaysia telah menyebut Sabah sebagai “negara”, dan lirik lagu kebangsaan Sabah juga menyebut Sabah sebagai sebuah negara merdeka..

Pengisytiharan 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan Sabah akan menjadikan negeri ini rakan kongsi yang setara dengan Sarawak dan Tanah Melayu di Malaysia, “dan memperkukuhkan hak kita untuk menentukan nasib sendiri sebagai rakyat”.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top