Isu Warga Asing Dan Pekerja Asing Tanpa Izin: Ada Ahli Politik Enggan Bekerjasama, Kata Jeffrey

Dr-Jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata perbincangan dan mesyuarat berhubung isu warga asing dan pekerja asing tanpa izin di Sabah hampir selesai.

Katanya, bagaimanapun terdapat satu kumpulan ahli politik yang tidak mahu bekerjasama setakat ini.

Sesi mesyuarat town hall akan diadakan pada 2 Jun dan Jeffrey menjangka semua pihak berkepentingan yang berkaitan akan hadir, termasuk ahli politik.

“Saya harap mereka sudi memberi kerjasama. Mereka berminat dengan subjek tersebut dan pastinya mereka akan hadir. Tetapi sama ada mereka berminat untuk menyelesaikan masalah itu adalah isu lain,” katanya pada Selasa.

Jeffrey yang dilantik Kabinet Negeri mengetuai jawatankuasa khas menyelesaikan isu pendatang asing dan pendatang tanpa izin di Sabah, menambah mereka akan diberi pilihan ‘A’ dan ‘B’ dan pilihan yang dipilih majoriti akan menjadi jalan penyelesaian. .

Beliau juga berkata, draf laporan awal mengenai perkara itu yang ditugaskan untuk dilaksanakan sejak Februari tahun ini, hampir siap.

Tambahnya, draf itu hanya akan diserahkan kepada Kabinet Negeri selepas sesi town hall nanti.

“Saya menjangkakan ia akan selesai dan kami akan membuat keputusan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top