Isu tuntutan 40%: Bung cadang kerajaan pusat dan negeri bentuk jawatankuasa penilai bebas

Bung.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah agar melantik satu jawatan kuasa pentaksir/penilai bebas bagi menyelesaikan isu pemberian 40 peratus hasil negeri yang dikutip Kerajaan Persekutuan dan dipulangkan semula kepada negeri ini.

Beliau berkata cadangan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 112D perkara 6 selepas lebih 60 tahun isu tuntutan tersebut berlarutan tanpa kesudahan.

Bung berkata laporan Statistik Jabatan Perangkaan Negara sejak 1964 yang saban tahun disemak, Sabah masih kekal negeri termiskin dalam Malaysia .

“Perkara ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku kerana Sabah merupakan negeri penyumbang terbesar dalam ekonomi negara melalui penghasilan sumber petroleum, gas dan juga komoditi seperti kelapa sawit dan sebagainya, namun agak menyedihkan pembangunan antara Semenanjung Malaysia dan Wilayah Sabah masih tidak seimbang sedangkan Sabah turut menyumbang ke arah pembangunan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahsan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah jika tuntutan 40 peratus itu dapat diselesaikan sebaiknya, Sabah akan memiliki dana kewangan untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutama yang melibatkan isu pembangunan insfrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik yang agak kritikal di negeri ini.

Beliau berkata memandangkan isu tuntutan 40 peratus itu belum selesai ,maka wajarlah jawatankuasa pentaksir bebas diwujudkan bagi memutuskan berapakah jumlah yang sepatutnya diterima oleh Sabah setiap tahun.

“Apabila wujud kebuntuan antara Kerajaan Pusat dan negeri dalam menyelesaikan isu ini, mereka boleh merujuk kepada badan bebas pentaksir yang dibentuk dan cadangan yang diputuskan oleh badan itu adalah keputusan bersama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurut Bung perkara itu perlu diputuskan secara tuntas bagi memastikan tiada rakyat Sabah yang akan berada di awang-awangan selain isu itu terus menjadi bahan polemik politik oleh beberapa pihak.

“Isu ini juga terus menjadi polemik politik oleh sesetengah pihak di Sabah dengan menanam api kebencian kepada kerajaan dan pemimpin pusat , walaupun berada dalam blok Kerajaan Perpaduan.

“Kelantangan mereka bercakap melalui pelbagai platform tanpa menggunakan saluran yang betul boleh menjejaskan konsep Kerajaan Perpaduan kerana itu ianya perlu ditangani segera,” kata Bung.

Dalam pada itu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Yang Dipertua Agung ke 16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar dulu turun ke Sabah melalui program Jelajah Kembara Borneo pada September tahun lepas.

Menurut Bung lawatan baginda ke Sabah dalam program tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada baginda menemui rakyat malah dapat melihat keperluan pembangunan terutama dari aspek insfrastuktur asas yang diperlukan oleh rakyat di Sabah yang sudah tentu turut disampaikan oleh baginda kepada kerajaan untuk diambil perhatian serta tindakan sewajarnya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top