Isu Tapak Pra Sekolah SK Sinapokan: Awang Aslee Harap Keputusan Menang-Menang

awang-aslee.jpg
Kongsi Bersama

KUALA PENYU: Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berharap keputusan menang-menang akan dapat dicapai bagi menyelesaikan isu tapak pembinaan pra sekolah di kampung Sinapokan, Menumbok.

Katanya, atas arahan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin, beliau telah menemui pemimpin masyarakat di kampung tersebut yang turut dihadiri bersama oleh Guru Besar Sk Sinapokan, Saiful Suari.

“Perbincangan telah dilakukan bersama mereka dan diharap isu ini dapat diselesaikan dalam tempuh terdekat ini bagi membolehkan projek pembinaan pea sekolah di kampung ini dimulakan demi kepentingan anak-anak di kampung ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk kampung dan pihak sekolah di sini pada Ahad.

Menurut Awang Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno, hasil perbincangan tersebut telah pun dimaklumkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Kita berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan penyelesaian terhadap kemelut ini agar projek ini dapat diteruskan,” kata beliau.

Selepas mengadakan perbincangan tersebut Awang Aslee turut melawat bangunan kelas KAFA di Kampung Tanjung Aru yang dalam keadaan usang dan daif selain meninjau keadaan sistem perparitan di sekitar gerai dan bangunan surau lama di kampung itu.

Katanya, kerosakan bangunan dan sistem perparitan yang tersumbat hingga mengakibatkan banjir apabila musim hujan perlu diambil perhatian pihak kerajaan untuk mengambil langkah melakukan pembaikan sewajarnya. – Warta Oriental

 

Foto: FB Awang Aslee


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top