Isu Tanah Kepada Agensi Persekutuan: GRS Selar Warisan

joniston.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menganggap kenyataan Ahli Parlimen Datuk Sepanggar Azis Jamman dari Parti Warisan berhubung isu tanah sebagai cubaan terdesak untuk mencemarkan nama kerajaan negeri.

Bangkuai, yang juga Setiausaha Agung PBS, turut beranggapan dakwaan Ketua Pemuda Warisan itu bahawa kerajaan GRS menyerahkan tanah kepada kerajaan persekutuan umpama menafikan hak orang Sabah terhadap kemudahan yang dibiayai persekutuan.

“Ketua Menteri Hajiji Noor telah menerangkan ia dilakukan mengikut prosedur dan untuk manfaat rakyat Sabah, dengan tanah berkenaan untuk sekolah, hospital, balai polis serta kemudahan awam lain,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Kelmarin, Azis mempertikai kenapa sejumlah besar tanah diserahkan kepada agensi persekutuan sedangkan banyak kawasan diasingkan untuk agensi persekutuan terbiar bertahun-tahun.

Susulan itu, Bangkuai membangkitkan perancangan sebelum ini oleh presiden Warisan dan bekas Ketua Menteri Shafie Apdal untuk menempatkan semula pendatang tanpa dokumen di satu pulau di Sabah.

“Kerajaan negeri diketuai Warisan mahu menyediakan pulau untuk migran seperti itu, tetapi kini Azis mempertikaikan kelulusan tanah untuk projek yang dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutuan, yang pasti memanfaatkan penduduk tempatan,” katanya.

Bangkuai juga meminta Azis berhenti bercakap besar mengenai penyerahan lebih 10,000 hak milik tanah kepada penduduk kampung ketika pentadbiran Warisan.

Katanya, perkara itu sebenarnya diproses ketika era Barisan Nasional.

Azis mempertikaikan tindakan kerajaan GRS menyerahkan tanah kepada agensi persekutuan bertentangan dengan pemberian tanah anak negeri kepada penduduk kampung. Menurutnya, Shafie mengagihkan lebih 10,000 ekar tanah kepada penduduk luar bandar dari 2019 hingga 2020.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top