Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai – Armizan

diesel-petronas.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Isu kehabisan stok bekalan diesel yang dihadapi Petronas Dagangan Berhad (PDB) di beberapa stesen Petronas di seluruh negara sudah diselesaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera.

“Isu ini telah diselesaikan hari ini dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah berkomunikasi dengan PDB.

“Saya sendiri telah menghubungi pihak pengurusan PDB,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, PDB menerusi satu kenyataan mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

PDB memaklumkan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Justeru, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan. – AWANI

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top