Isu skuad bola sepak U15 dan U18 Sabah: Pengarah JPN telah hubungi KPM

B-18-sabah.jpg

Pemain B-18 Sabah hanya mampu menerima takdir apabila disahkan tidak dapat ke MSSM Johor. — (Kredit foto: Facebook Naimmi Yusof)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah telah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam berhubung isu tular seorang guru yang menzahirkan kekecewaan juara pasukan bola sepak skuad U15 dan U18 Sabah tidak dapat meneruskan misi ke peringkat Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor akibat kekangan kewangan.

Menurut TV3 dalam laporannya semalam, Pengarah JPN Sabah, Raisin Saidin berkata peluang cerah skuad terbabit untuk beraksi di kejohanan berkenaan selepas beliau berhubung dengan bahagian sukan KPM dan sedang berusaha menangani masalah itu.

“Saya yakin saya kami sedang mengusahakan dan saya telah mengambil tindakan segera tadi menghubungi pihak KPM dan pihak KPM bahagian sukan telah menghubungi saya saya nampak ada satu yang positif untuk menghantar pasukan tersebut, Insha Allah,” katanya

Beliau ditemui media selepas hadir pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah 2023 JPN Sabah di sini.

Jelas Raisin lagi pihaknya kini juga dalam proses menyemak jumlah peruntukan yang diperlukan sebelum skuad itu berlepas ke Johor untuk kejohanan itu yang dijadual minggu hadapan.

Raisin turut mengakui kekangan isu tersebut di negeri Sabah yang memerlukan bajet tinggi setiap kali menghantar wakil negeri itu ke semenanjung untuk ke sebarang pertandingan atau kejohanan memandangkan hanya ada satu mod perjalanan iaitu melalui penerbangan.

“Kita sebenarnya mendapat peruntukan daripada KPM tapi peruntukan itu diturunkan secara berperingkat-peringkat maksudnya itu bukan satu isu utama so kita ada hubungan KPM untuk membantu mana-mana dari segi peruntukan,” katanya.

Justeru selain pihak KPM pihaknya juga ujarnya sedang berusaha mendapatkan dana dari pihak luar selaras dengan anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang antara lain menggalakkan kerjasama pihak swasta dalam apa jua aktiviti melibatkan pendidikan di sekolah.

“Saya sangat berharap dalam tempoh yang terdekat ini kami sedang berusaha dan sedang mengusahakan,” katanya lagi.

Tular seorang guru di Sabah meluahkan kekecewaannya apabila pasukan bola sepak Keningau bawah 18 tahun (B-18) yang menjuarai kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah, baru-baru ini, tidak dihantar untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Johor.

Terdahulu tular seorang guru dikenali Naimmi Yusof menerusi satu hantaran di Facebook berkata, skuad kendaliannya tidak dapat ‘diterbangkan’ ke Johor susulan masalah kewangan.

“Apalah nasib kami di Sabah, Keningau juara U18, ‘coach’ dan budak saya tidak dapat ke MSSM sebab masalah kekangan kewangan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), kos flight (penerbangan) ke Johor, kos makan minum di sana, kos transport (pengangkutan) di sana… Dianggarkan RM30-40k.

“Kesian coach sama ‘player-player’ saya, kenapa KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) turunkan peruntukan sikit untuk JPN Sabah untuk MSSM, negeri lain ‘ok’  tak perlu naik flight bagai,” katanya.

Naimmi turut berkata, selain B-18, skuad bola sepak B-15 juga turut tidak dihantar kerana faktor kewangan.

“Terus rasa ‘down’, tiada guna juara di negeri, tiada guna buat program dari peringkat daerah, kecewa, sedih dan marah.

“Nak minta tolong siapa lagi, Harap TMJ (Tengku Mahkota Johor) baca post ni, mana tau TMJ boleh bagi duit,” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top