Isu Sekolah Daif Sabah, Sarawak Akan Diberi Perhatian Serius – PM

PM-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR : Isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak akan diberi perhatian serius melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui isu penyelenggaraan sekolah sering diadukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikan masalah yang ada.

“Saya juga melihat keadaan sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang kedudukannya amat daif sekali. Sebelum Bajet 2023 diumumkan, saya tidak boleh buka rahsia.

“Tapi percayalah, sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak diberi perhatian serius dalam bajet yang akan dibentangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, pada Sabtu.

Selain itu sekolah daif, beliau berkata turut dibangkitkan adalah aspek keselamatan sekolah, elaun penolong kanan sekolah yang perlu dikaji dan kekurangan guru yang harus diatasi segera.

“Seperti penyelenggaraan sekolah-sekolah, saya tahu banyak sekolah yang ada masalah penyelenggaraan. Ramai yang mengadu nak tukar pintu tandas pun tiada bajet.

“Kita sedar, saya sedar sebab saya juga daripada Parlimen kampung.

“Banyak sekolah yang sebegitu juga di tempat saya, jadi saya faham,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top