Isu pengeboman ikan di perairan Semporna perlu ditangani – Christina Liew

Christina-3.jpg

Liew bersama delegasi tiga anggota dari Semporna Islands Project.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata beliau akan membawa isu aktiviti pengeboman ikan berterusan di kawasan Semporna kepada perhatian Jabatan Perikanan Sabah.

Delegasi tiga anggota dari Semporna Islands Project, sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Penasihat dari UK Dr Liz Grimwade, membangkitkan kebimbangan besar ini semasa kunjungan hormat ke atas menteri itu baru-baru ini.

“Tiada alasan untuk pengeboman ikan kerana semua batu karang kita akan hilang satu hari nanti, jika ancaman itu tidak ditangani dengan berkesan. Penangkapan ikan cara ini adalah haram dan menjejaskan bukan sahaja sistem ekologi marin tetapi juga industri pelancongan negeri.

“Pelaku jenayah ini mesti ditangkap dan didakwa untuk bertindak sebagai penghalang.

“Saya akan membincangkan perkara itu dengan Jabatan Perikanan Sabah, dan menyemak status Jawatankuasa Anti-Pengeboman Ikan yang dahulunya aktif dalam menangani masalah pengeboman ikan yang berleluasa,” kata Liew.

Beliau juga mahu Projek Kepulauan Semporna meneruskan kerjasamanya dengan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, sebagai salah satu pihak berkepentingan, mengenai tindakan masyarakat bagi program pemuliharaan terumbu karang tanpa bom ikan dan di Taman Laut Tun Sakaran.

Sambil mengakui Polis Marin berjaya menangkap penjenayah sebelum ini, Dr Grimwade berkata agak sukar untuk menangkap mereka (pengebom ikan) dalam

perbuatan itu kerana mereka melarikan diri dengan cepat apabila melihat bot Polis Marin datang.

“Kadangkala mereka mengebom ikan di laut terbuka dan kadangkala di perairan cetek. Ini tidak baik untuk pelancongan dan alam sekitar kerana ia memusnahkan habitat hidupan marin,” katanya.

Liew dimaklumkan bahawa Projek Kepulauan Semporna telah menggunakan sistem penderia yang dikendalikan oleh Stop Fish Bombing (SFB) Malaysia, yang mana pertubuhan bukan kerajaan itu terlibat untuk memantau pengeboman ikan di kawasan berkenaan.

Memberi taklimat kepada Menteri, Pengurus Komunikasi Marina Aman Sham berkata Projek Kepulauan Semporna telah dilancarkan pada 1998 sebagai mengiktiraf nilai besar terumbu karang dan pulau di kawasan Semporna.

Katanya visi projek ini ialah terumbu karang yang sihat dengan hidupan marin, membawa manfaat kepada semua orang.

“Namun,i ancaman dihadapi semakin meningkat daripada penangkapan ikan yang intensif dan merosakkan, pencemaran, pembangunan pantai, dan perubahan iklim.

“Oleh itu, misi kami adalah untuk melindungi ciri semula jadi dan kepelbagaian biologi kawasan yang luar biasa, dan pada masa yang sama, untuk menggalakkan penggunaan sumber yang mampan, pembangunan ekonomi dan budaya tradisional,” jelasnya. – Sabah News Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top