Isu pemilihan pengerusi PH: Hanya sedikit salah faham, tidak jejas solidariti – Peto

peto-galim.jpg

Datuk Peto Galim

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Memang terdapat sedikit salah faham dalam Pakatan Harapan (PH) Sabah berhubung isu pemilihan pengerusi PH Sabah baru-baru ini, tetapi ia tidaklah menjejaskan solidariti dalam gabungan itu.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Peto Galim berkata, tidak wujud penentangan yang ketara, sebaliknya ada laporan yang berbeza semasa proses pemilihan yang perlu diberikan kepada pihak Pusat.

“Ada sedikit laporan yang berbeda dan laporan ini diperlukan oleh pimpinan atas. Kita telah hantar laporan ini dan ia sedang diteliti, jadi kita tunggulah respons daripada pimpinan atas.

“Tidak timbul penentangan yang membimbangkan dalam pemilijan ini. Saya ulang balik, tidak timbul kebimbangan yang ketara dalam pemilihan ini. Tidak ada isu, kita tidak mempunyai isu solidariti dalam PH ini, kita masih kuat.

“Ini sedikit ‘misunderstanding’ dalam PH, dalam keluarga kita,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Laporan itu memetik Pato berkata demikian dalam sidang media pada Sabtu.

Peto yang juga Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, berkata, fokus PH Sabah adalah untuk memperkukuhkan gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

“Memandangkan kita akan masuk dalam pilihan raya pada tahun depan dan kita harap kita dalam PH ini terus begini, kuat,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top