Isu pakaian tradisional dan sikap Elle Thong: Pengurusan SMDX minta maaf

SMDX.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: XIOKK Entertainment – label yang menguruskan kumpulan SMDX – tampil minta permohonan maaf secara rasmi atas beberapa isu kontroversi kumpulan itu, yang menerima kritikan pelbagai pihak termasuk komposer terkenal Jelfekar.

Perkara pertama yang diperjelaskan oleh label pengurusan itu adalah berkaitan isu plagiat, di mana SMDX dituduh membawa lagu plagiat berjudul Original Sabahan. XIOKK menjelaskan bahawa mereka sudah mendapatkan hak dan kebenaran dengan Rusa Marketing untuk menerbitkan dan membikin semula lagu Origina Sabahan.

Berkaitan dengan kontroversi pakaian kumpulan itu yang dianggap merosakkan pakaian tradisional Sabah kerana diubahsuai sehingga kelihatan sangat seksi, XIOKK berkata mereka mengakui khilaf dalam hal tersebut dan meminta maaf.

“Kami ini meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pilihan pemakaian kami. Kami mengakui ada banyak lagi yang boleh kami perbaiki. Kami mengambil semua kritikan dan dengan izin tuhan, kami akan perbaiki di masa depan,” tegas syarikat itu.

Dalam pada itu XIOKK turut meminta maaf berhubung sikap salah seorang anggota SMDX, Elle Thong (gambar kanan) yang dianggap bongkak ketika bercakap sehingga membuatkan ramai yang menyampah.

XIOKK berkata: “Bagi pihak El dan SMDX, kami secara formal membuat permohonan maaf kepada semua pihak atas kekhilafan kami.

“Kami mengaku banyak lagi yang kami perlu pelajari.Kami berjanji akan perbaiki cara kami.”

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top