KOTA KINABALU: Naib Presiden SAPP Gee Tien Siong hari tampil membalas komen sinis segelintir warganet yang mempersoalkan jejantas berhawa dingin “KK Skybridge” itu tidak menghubungkan Center Point Sabah iaitu kompleks membeli-belah antara yang tertua di Kota Kinabalu.
Menurut Gee, reka bentuk KK Skybridge berkenaan tidak termasuk pusat membeli-belah Center Point Sabah.
Katanya, yang bertanggungjawab untuk pembinaan hubungan antara jejantas itu dengan Center Point Sabah adalah pusat beli-belah itu sendiri.
“KK Skybridge yang berhawa dingin dilengkapi dengan eskalator, lif OKU dan 20 kiosk telah siap sesuai dengan rancangan asal, yang menghubungkan Asia City, Pusat Komersial Api-Api, Warisan Square dan Oceanus Mall.
“Bagaimanapun reka bentuk KK Skybridge ini tidak termasuk pusat membeli-belah Center Point Sabah, tetapi merekalah bertanggungjawab untuk pembinaan hubungan antara Skybridge dan pusat beli-belahnya, yang diharapkan dapat dilakukan selepas PKP dan pada masa ini, pagar telah dipasang di persimpangan berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna,” katanya.
Gee berkata, terdapat beberapa individu yang berniat jahat yang menyebarkan khabar angin untuk memperlekehkan kemudahan yang sukar diperoleh itu, hanya kerana masih belum ada tangga yang dibina di persimpangan.
“Perjalanan untuk merealisasikan skybridge ini telah mengalami banyak liku-liku.
“Walaupun semasa PH ketika Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Menteri Kewangan Persekutuan, Ketua Menteri Sabah, ADUN Api-Api merangkap Timbalan Ketua Menteri semuanya berasal dari gabungan yang sama gagal memberikan skybridge untuk kegunaan awam,” katanya.
Katanya lagi, “Sehari selepas Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP, bersama dengan Datuk Philip Yong, mantan Ahli Parlimen, Gee Tien Siong, naib presiden parti itu dan yang lain penduduk yang berkenaan pergi menemui Datuk Bandar ketika itu, Datuk Nordin Siman untuk mencari jalan penyelesaian yang kemudian disokong dan diluluskan oleh CM dan kabinet GRS.”
KK Skybridge berkenaan merangkumi laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 400 meter menghubungkan beberapa pusat beli belah di tengah bandar raya dan akan mula dibuka kepada orang awam bermula esok.