Isu Kartel Daging: Jangan Lindungi Jika Ada VVIP Terlibat, Kata Pemuda UMNO

asyraf.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mendesak kerajaan untuk memastikan tidak akan berlaku usaha melindungi pihak yang terlibat dengan isu kartel daging import halal, termasuk jika ia melibatkan golongan kenamaan dan VVIP.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi menggesa kerajaan menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk penyelewengan termasuk rasuah dalam isu berkenaan.

Tegasnya, pasukan itu haruslah melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jangan ada sebarang usaha menutup ataupun melindungi mana-mana pihak termasuk jika terdapat orang kenamaan dan VVIP yang terlibat dengan penyelewengan amanah umat Islam ini!” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top