Isu bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak: Fadillah akan jumpa KKDW

Fadillah.jpg

Datuk Seri Fadillaj Yusof (gambar fail Bernama)

Kongsi Bersama

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata pertemuan itu adalah untuk mencari penyelesaian kepada isu berkaitan air seperti dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2 yang dikeluarkan pada 5 Julai lepas.

“Saya akan meneliti laporan audit itu dan kerana ia melibatkan Sabah dan Sarawak yang berada di bawah tanggungjawab saya, saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementerian yang terlibat.

“Kita akan mengenal pasti masalahnya dan mencari jalan bagaimana kita boleh selesaikannya. Yang menjadi keutamaan saya ialah untuk kita pastikan projek yang tergendala dapat disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Bantuan My Lesen Kelas B2 di sini pada Sabtu.

Menurut laporan itu, gangguan bekalan di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di kedua-dua negeri masih tidak dapat menikmati air bersih dan terawat.

Laporan itu menyebut secara keseluruhannya, projek BALB Sarawak dan Sabah tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top