Isu 40% Hasil Negeri: Persatuan Undang-undang Sabah Saman Putrajaya

kompleks-mahkamah-KK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) memfailkan satu semakan kehakiman ke atas isu pemberian khas peruntukan 40% kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan itu difailkan firma guaman J Marimuttu and Partners yang menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai responden.

Berikutan pengumuman pada 14 April mengenai persetujuan dicapai antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah, SLS memohon satu pengisytiharan antaranya bahawa kegagalan kerajaan Persekutuan untuk melakukan kajian semula kedua dalam 1974 dengan kerajaan negeri merupakan satu kemungkiran dan menyalahi tanggungjawabnya di bawah Perkara 112D, Klausa (1), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.

SLS memohon bahawa hak 40% itu masih tertunggak dan mesti dibayar kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk setiap tahun kewangan berturut-turut untuk tempoh dari 1971 hingga 2021, yang mana kegagalan membayar hak itu merupakan pelanggaran hak asasi ke atas harta kerajaan Sabah dan terutamanya rakyat Sabah sebagaimana termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Persatuan itu juga memohon satu perintah mandamus kepada responden untuk melaksanakan satu lagi kajian semula dengan kerajaan negeri di bawah peruntukan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk pelaksanaan pembayaran hak 40% itu untuk setiap tahun kewangan berturut-turut dari 1974 hingga 2021 dalam 30 hari dan untuk mencapai keputusan dalam 90 hari dari tarikh perintah itu dan responden membayar hak itu kepada kerajaan negeri atau atas sebagai kerosakan kerana melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan atau kedua-duanya.

Faktor SLS memohon order dan relief itu merupakan sebahagian daripada keputusan terkandung dalam Warta Persekutuan bertarikh 20 April mengenai kajian semula pemberian khas yang tidak disediakan untuk setiap tahun berturut-turut dari 1974 hingga 2021 yang ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan, melanggar keadilan asasi, tercemar dengan prosedur yang tidak sesuai, tidak rasional dan tidak munasabah serta melangkaui semua perkadaran munasabah.

Pemberian khas baharu bagi Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta untuk 2022, menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yang diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 20 April.

Menurut kenyataan itu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan meneruskan rundingan berkenaan tuntutan 40% hasil dari Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top