Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sabah Esok

raptai-DUN.jpg

Pegawai Istana Seri Kinabalu, Datu Adek Datu Dani (tengah) memeriksa KKU.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas akan berlangsung esok, Rabu.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, istiadat tersebut akan dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak terhadap semua jemputan dan petugas media.

Kadzim

“Istiadat ini akan dihadiri oleh tetamu jemputan yang diundang sahaja, manakala sidang perbahasan diadakan secara tertutup oleh ahli-ahli yang berhormat.

“Selain itu, ahli-ahli yang berhormat dan petugas yang terlibat dalam persidangan kali ini juga dikehendaki melakukan ujian saringan Covid-19 pada 14 dan 20 Mac, selain mewajibkan booster,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan tiga Rang Undang-Undang akan dibentang dalam sesi perbahasan pada 21 hingga 24 Mac ini.

Kadzim menyatakan demikian kepada media selepas raptai penuh istiadat berkenaan di sini, pada Isnin.

Istiadat kali ini disertai Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Lok Kawi.

Kali terakhir acara KKU dalam istiadat pembukaan penggal ialah pada April 2019, sebelum ditiadakan akibat pandemik Covid-19.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top