Isteri Wakil Rakyat GRS Perlu Berperanan Bantu Penduduk – Hajiji

hajiji-isteri-yb.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Isteri kepada wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu memainkan peranan membantu penduduk di kawasan masing-masing sama ada dari aspek kebajikan atau ketika penduduk ditimpa bencana.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peranan isteri wakil rakyat penting untuk memastikan penduduk di negeri ini mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA) GRS di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Rombongan MUTIARA GRS itu diketuai Yang Dipertuanya, Datin Seri Juliah Salag, yang juga isteri Ketua Menteri serta Naib Yang Dipertua 1, Nor Asidah Alimuddin, Naib Yang Dipertua 2, Cecilia Edwin Kitingan dan Naib Yang Dipertua 3 merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Linda Ewit.

Sementara itu, Juliah berkata, antara tujuan kunjungan hormat ialah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa MUTIARA GRS kepada Ketua Menteri selain memaklumkan aktiviti pertubuhan berkenaan.

“Kami juga berbesar hati melantik Ketua Menteri sebagai penasihat MUTIARA GRS,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top