Isteri TYT Sabah santuni bayi Maal Hijrah di Hospital Papar

bayi-maal-hijrah.jpg

Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni mendukung bayi yang baharu lahir ketika melawat Wad Bersalin Hospital Papar, semalam. - Foto BERNAMA

Kongsi Bersama

PAPAR: Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni melawat Hospital Papar di sini, bagi menyantuni bayi yang dilahirkan pada Maal Hijrah semalam.

Dalam lawatan selama kira-kira 30 minit itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dan barang bayi kepada ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.

Bagi Dayang Nuraqilah Farah Hani A Idris, 29, kegembiraan berganda buat dirinya kerana bukan sahaja selamat melahirkan bayi sempena Awal Muharam hari ini tetapi turut bertuah apabila berpeluang bersemuka dengan Norlidah.

Suri rumah itu selamat melahirkan bayi perempuan yang juga cahaya mata keduanya seberat 2.39 kilogram (kg) kira-kira 10 pagi, selepas dimasukkan ke hospital pada 8 pagi Ahad.

“Toh Puan sempat pesan supaya pastikan bagi bayi saya susu ibu,” katanya.

Berasal dari Kampung Kelatuan, Papar, ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan menyifatkan itu rezeki anak.

“Alhamdulillah semua (proses bersalin) dipermudah dan terima kasih juga kepada Toh Puan,” katanya yang masih belum memilih nama untuk si kecilnya.

 

Sumber: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top