Isteri KM Saksi Penyerahan Mesin Ultrasound Untuk Pengesanan Awal Kanser

sumbangan-pink-ribbon.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, hadir sebagai tetamu kehomat dan saksi bagi penyerahan Portable Ultrasound Machine dan sumbangan dana daripada lebih 10 penderma kepada Kinabalu Pink Ribbon, di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Juliah, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menjadi saksi penerimaan Portable Ultrasound Machine kepada Kinabalu Pink Ribbon yang disumbangkan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bacho Jansie.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Laura Bazan; Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecelia Edwin dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit; Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin Hospital Queen Elizabeth 2, Dr Siti Zubaidah Sharif dan Pengasas Kinabalu Pink Ribbon, Datin Lucilla Pang.

Terdahulu dalam ucapannya, Laura merakamkan terima kasih atas sokongan padu daripada isteri Ketua Menteri bagi menjayakan kempen kesedaran kanser payudara di negeri ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma sehingga berupaya membeli Portable Ultrasound Machine untuk kegunaan ketika projek luar jangkauan (outreach) kami nanti.

“Mesin ini akan dapat mengenal pasti sebarang kelainan dan membuat pengesanan serta sasaran untuk mendapatkan sampel bagi tumor yang ada. Pengesanan awal ini memudahkan rawatan susulan sekiranya ia mengandungi sel kanser,” katanya.

Sementara itu, selain Kumpulan Sawit Kinabalu, penderma lain yang turut menyumbang dana ialah Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) dan Andamy Properties Sdn Bhd, yang diwakili oleh Tan Sri Datuk Seri Andrew Liew sebagai Presiden SUCCC dan Pengarah Urusan Andamy; Tan Sri Datuk David Chu; Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah, Datuk Susan Wong Siew Guen; Datin Carlota Lo Nee Bazan; Datuk Johnny Yong; Sapulut Forest Development Sdn Bhd yang di wakili Datuk John Lo; Ketua Pegawai Eksekutif Forest Solutions Malaysia Sdn Bhd, Glen Macnair dan Advance Grow Sdn Bhd diwakili Ko Yin Lung serta Wijaya Daya Sdn Bhd; Expertserve Corporate Services Sdn Bhd dan Borneo Rizqia Sdn Bhd.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top