Isteri Ketua Menteri Lawat PPS

isteri-KM.jpg..jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran, Tuaran pada Rabu.

Beliau turut menyampaikan bantuan berbentuk bakul makanan dan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.

PPS SK Pekan Tuaran menempatkan seramai 77 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 16 keluarga dari 5 buah kampung berdekatan yang dilanda bencana banjir.

Julia diiringi oleh Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain, Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Hamizi Halim, Pegawai Pembangunan Masyarakat Sulaman, Murneh Lamsari, Pegawai Kebajikan Masyarakat Tuaran, Jani Lani, Ketua Srikandi BERSATU Tuaran, Jamaliah Antalip dan Ketua Armada Bahagian Tuaran, Ghazali Hajiji.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top