Ismail Sabri Umum SOP ‘Total Lockdown’ Petang Ini

ismail-sabri.jpg

PUTRAJAYA, 30 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini.
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR, July 30 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during daily press conference regarding the Recovery Movement Control Order (RMCO) at the Perdana Putra today.
-- fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED



Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang mengumumkan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara pada Jumaat lalu akan membuat perincian mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) hari ini.

Pengumuman itu akan dibuat Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jam 5 petang nanti.

Beliau akan membuat pengumuman itu secara langsung di Facebook yang rata-rata akan memperincikan mengenai sektor ekonomi dan perkhidmatan yag boleh dibuka ketika pelaksanaan lockdown fasa pertama ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan itu dibuat dalam sidang khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri petang tadi.

Ia dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes, ketika itu.

Sebelum ini tular grafik yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 hingga 14 Jun ini berikutan pelaksanaan total lockdown.

Ia bagaimanapun dinafikan MITI dan berkata, senarai berkenaan akan diumumkan MKN, Jabatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top