KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.
Menurutnya, Ismail Sabri memohon maaf kerana tidak dapat hadir memandangkan Ahli Parlimen Bera itu perlu menghadiri program lain pada masa yang sama.
Begitupun, Mohamed Khaled tidak berkongsikan sebab ketidakhadiran Mahdzir.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan pascapembentukan Kabinet, Menara Dato’ Onn kembali menjadi tumpuan apabila MKT berlangsung malam tadi.
Di sebalik barisan ahli MKT yang hadir, kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor menimbulkan persoalan kepada petugas media yang sudah berkampung di lobi menara.
Selain Rosmah, pemimpin tertinggi parti yang dilihat hadir ialah Khaled dan beberapa ahli MKT lain.
Berita asal: AWANI