Ismail Sabri Dilantik TPM, Hishammuddin Jadi Menteri Kanan

ismail-n-hisham.jpg
Kongsi Bersama

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai menteri kanan yang baharu dan akan mengambil alih tugas kluster keselamatan yang dikendalikan Ismail sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan media sebentar tadi.

Perdana menteri juga bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan satu halaman itu, Ismail akan tetap memegang portfolio menteri pertahanan.

“Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” kata PMO.

Pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti,” kata PMO.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top