Ismail Sabri Dijangka Buat Pengumuman Penting Petang Ini

ismailsabri975r.jpg
Kongsi Bersama

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting melalui sidang media khas pada jam 4 petang ini.

Sumber dalaman UMNO berkata, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO difahamkan akan mengumumkan pendirian ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui sidang media itu.

Bagaimanapun, Sinar Premium dimaklumkan lokasi sidang media akan dimaklumkan kemudian kepada para pengamal media.

Pengumuman itu juga dipercayai sebagai respons kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.- Sinar


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top