Ismail Ayob letak jawatan Ketua Wira, Ketua Bahagian WARISAN

ismail-ayob.jpg

Kredit foto: Foto Facebook/Mohd Ismail Hj.Ayub

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Wira Parti Warisan (WARISAN), Mohd Ismail Ayob, menyifatkan dirinya gagal sebagai pemimpin termasuk sebagai Ketua Bahagian WARISAN Kinabatangan dan Ketua Wira parti itu.

BHarian yang memetik perkongsian di akaun Facebook Mohd Ismail semalam, melaporkan pemimpin itu berkata, kegagalan tersebut antara sebab beliau meletak kedua-dua jawatan itu, sekali gus meninggalkan parti.

Katanya, keputusan itu yang dimaklumkannya menerusi satu surat diserahkan kepada Setiausaha Agung WARISAN semalam, bukan disebabkan tawaran parti lain atau menerima sebarang ganjaran.

“Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah, ia memang berat apalagi saya membesar dalam WARISAN. Saya minta maaf sebab tidak berbincang awal dengan semua (penyokong) sebelum saya membuat keputusan keluar parti.

“Pahit tetapi harus ditelan. Tiada sebarang tawaran daripada parti lain ataupun ganjaran untuk saya keluar parti, sebab itu tiada sidang media yang saya buat, hanya helaian kertas untuk pemakluman saya keluar atas kerelaan hati sendiri.

“Sekali lagi saya mohon maaf atas tindakan itu dan diakui selama menjadi ketua bahagian, banyak kekurangan dan saya anggap saya gagal sebagai pemimpin,” katanya.

Mohd Ismail sebelum ini pernah menjadi Naib Ketua Wira Pusat Penaja WARISAN (2016-2018), Timbalan Ketua Wira Pusat WARISAN dan Ketua Bahagian WARISAN Kinabatangan (2019-2021) sebelum dilantik Ketua Wira WARISAN menggantikan Datuk Mohd Azis Jamman sejak tahun lalu.

Beliau turut mengekalkan jawatan Ketua Bahagian WARISAN Kinabatangan sejak tahun lalu.

Menerusi satu surat yang tersebar di media sosial semalam, Mohd Ismail mengumumkan keputusan meletakkan semua jawatannya dalam WARISAN dan meninggalkan parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, beliau mahu berehat sementara daripada politik dan menumpu sepenuhnya kepada keluarga serta perniagaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top