IPG Kampus Gaya Diharap Menjadi Institut Latihan Bertaraf Dunia

IPG-Gaya.jpg

Dr. Gerturude (kiri) menyampaikan buku-buku pendidikan kepada Shahelmey.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya diharap menjadi institut latihan guru yang unggul melalui program pembangunan dinamik bertaraf dunia.

Pengarahnya Dr. Gerturude Jock berkata, sepanjang 60 tahun penubuhan institut tersebut, telah ramai tokoh dan individu yang berjaya dilahirkan khususnya dalam arena pendidikan.

“Justeru, pihak kami telah sedaya upaya mengumpul tokoh-tokoh dan individu yang berjaya pada malam ini untuk bersama-sama meraikan kejayaan yang gilang-gemilang.

“Majlis juga diadakan bagi menyambut ulang tahun penubuhan IPG Gaya ke-60 yang dibuka pada 4 Julai 1963 dan dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya,” ujarnya semasa berucap di Majlis Makan Malam Jubli Intan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, pada Sabtu malam.

Majlis yang dihadiri lebih 300 warga pendidik tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri Sabah dan turut disertai mantan-mantan Pengarah Pendidikan Sabah yang juga alumni kampus tersebut.

Jelas Dr. Gerturude, sambutan tersebut juga diadakan bagi mengenang detik bersejarah penubuhan The Malay Women’s Training College sebagai maktab perguruan yang ditubuhkan pada tahun 1935.

“Program ini bermatlamat untuk menelusuri fasa-fasa perkembangan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam mengendalikan latihan perguruan sepanjang 75 tahun penubuhannya dan secara tidak langsung, mampu memacu pencapaian pendidikan guru IPGM selaras perkembangan serta transformasi pendidikan abad ke-21,” katanya lagi.

Turut hadir, alumni IPG Gaya, Datuk Seri Panglima Hasbullah Taha dan Datuk Muhiddin Yusin, Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, Mantan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, Datuk Kamal DE Quadra dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih.

Hadir sama Reaktor IPGM, Dr Rosli Yacob serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Muarifin Sufianto Mohcoeri. – JAPEN Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top