IPD Labuan Perlu RM9 Juta Untuk Naik Taraf

juateh-labuan.jpg

Jauteh memeriksa barisan kawalan kehormat semasa melakukan kunjungan di IPD Labuan.

Kongsi Bersama

LABUAN: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM9 juta untuk kerja-kerja naik taraf, berdasarkan penilaian yang dibuat menerusi kaji selidik bersama dengan Jabatan Kerja Raya Labuan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata memandangkan usia bangunan IPD itu yang telah menjangkau lebih 30 tahun, beliau merasakan sudah tiba masanya ia dinaik taraf.

Katanya usaha sedang ditingkatkan untuk membaiki kemudahan-kemudahan di balai polis di Sabah dan Labuan, termasuk berek polis.

“Kerja-kerja menaik taraf berek polis di Sabah telah disenarai untuk dilaksanakan dengan menggunakan RM17.2 juta yang diperuntukkan.

“Bagi berek polis Labuan, kita cuba masukkan dalam rancangan pembangunan untuk pelaksanaan tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Labuan Supt Ahmad Jawila kepada Supt Hamizi Halim semalam.

Jauteh berkata terdapat lebih 400 petugas berkhidmat di balai polis daerah Labuan. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top