IPD Keningau Lupus 2,467 Barang Kes Berkaitan Perjudian

lupus-mesin-judi.jpg

Nor Rafidah (kanan) memeriksa barangan perjudian haram yang akan dilupuskan melalui kaedah ‘e-waste’. (Foto: Ihsan IPD Keningau)

Kongsi Bersama

KENINGAU: Sebanyak 2,647 barangan berkaitan kes perjudian haram dilupuskan polis di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, barangan yang dilupuskan itu adalah daripada kes antara 2013 hingga 2016.

Menurut beliau, secara keseluruhannya barang kes atau eksibit perjudian yang dilupuskan itu melibatkan 93 kertas siasatan.

“Daripada 93 kertas siasatan itu sebanyak 47 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah serta telah mendapat arahan pelupusan daripada majistret, manakala sebanyak 46 kertas siasatan tiada tindakan lanjut (NFA) serta permohonan pelupusan dibuat mengikut Seksyen 407A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan Seksyen 16A(3) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya ketika hadir pada majlis pelupusan barangan itu di padang kawad IPD Keningau, di sini, semalam.

Tambah Nor Rafidah, pelupusan barangan tersebut adalah mengikut kehendak Seksyen 18(1A) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top