Insiden Bapa Laung ‘Hidup GRS’ Di Pentas Warisan, Khairul Firdaus Beri Penjelasan

akbar.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Calon Gerakan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan bapanya, Datuk Akbar Khan Abdulrahman tidak mempunyai sebarang masalah dengan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sebalik apa yang berlaku di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi semalam.

Kata beliau, bapanya sudah lama berkawan dengan Shafie, dan mereka seperti keluarga.

“Tiada niat untuk bermusuhan kerana (mereka) sudah lama mengenali antara satu sama lain,” kata Khairul Firdaus dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas mengenai insiden yang ditularkan di media sosial di mana Akbar muncul di atas pentas di mana Shafie berada dan melaungkan ‘Hidup GRS’ di hadapan bekas ketua menteri Sabah itu.

Insiden itu terjadi ketika berlangsungnya acara kempen Warisan di kampung berkenaan dengan dihadiri kira-kira 700 orang.
Khairul Firdaus berkata walaupun video kejadian itu telah tular di media sosial, ia hanya untuk memainkan sentimen pengundi.

“Tidak ada kekecohan pun sebenarnya. Hanya permainan sentimen yang dijadikan isu. Saya harap kita berkempen dan mendekati rakyat secara aman dan telus.

“Usah dibangkitkan unsur atau elemen sentimen yang sensitif dan mampu mengguris mana-mana pihak,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top