Inisiatif bantu rakyat Sabah di Semenanjung

MUIS.jpg

Kredit foto: Majlis Ugama Islam Sabah - MUIS

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur yang diadakan di salah sebuah hotel di ibu negeri.

MoU itu bertujuan menjalinkan kerjasama di antara MUIS dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur dalam menjayakan perkhidmatan-perkhidmatan sewaan pengangkutan, perhotelan, kargo, logistik, tempahan tiket penerbangan serta hal-hal kebajikan.

Hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU diantara MUIS dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif.

Pada majlis itu, MUIS diwakili Yang Dipertuanya (YDP) Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur diwakili Pengarahnya, Sabariah Safri @ Saffree.

Arifin ketika ditemui Utusan Borneo selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman mengucapkan tahniah kepada MUIS kerana sekali lagi telah melaksanakan inisiatif baharu dengan meneroka bidang-bidang berpotensi untuk membangunkan MUIS.

“Tahniah atas inisiatif yang sangat baik untuk pembangunan MUIS itu sendiri dan juga dalam membantu masyarakat khususnya anak Sabah yang bekerja di Semenanjung.

“Anak syarikat MUIS akan bekerjasama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur dalam menyelaras beberapa perkara berhubung lokaliti, pengangkutan, penginapan, dan hal-hal berkaitan.

“Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pegawai-pegawai kerajaan yang akan melaksanakan tugas di Semenanjung termasuklah pelajar-pelajar Sabah.

“Sebagai contoh sekiranya saya ada mesyuarat di sana (Semenanjung), syarikat itu akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu misalnya pengangkutan dan lain-lain perkara sepanjang urusan kerja, ” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top