KOTA KINABALU: “Ini bukanlah pengakhiran, tapi hanya permulaan. Permulaan yang baharu.”
Begitu kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu video yang dikongsi di Facebook beliau malam tadi.
Katanya lagi, apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk cekal berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.
“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama enam tahun.
“Berkenaan apa langkah seterusnya, saya terpaksa berbincang dengan kepemimpinan UMNO Sembrong untuk memikirkan apa hala tuju dan tindakan selanjutnya,” kata beliau.
Komen