Industri Landskap, Bunga-Bungaan Berpotensi Dibangunkan Di Sabah – Hajiji

hajiji-bunga.jpg

Hajiji (kanan) menerima cenderahati daripada Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib selepas merasmikan Pesta Bunga 2022 di Taman Pertanian Sabah di Tenom.

Kongsi Bersama

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, industri landskap dan bunga-bungaan berpotensi dibangunkan di Sabah kerana permintaan mengalakkan di negeri ini yang mengimport sebanyak 156.93 tan bunga segar dengan nilai RM4.9 juta tahun lepas.

Beliau berkata, pembangunan industri itu bukan saja mampu mengurangkan jumlah import pada masa hadapan malah membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan Pesta Bunga 2022 di Taman Pertanian Sabah di Tenom, pada Ahad.

“Ini menunjukkan terdapat potensi untuk pembangunan industri landskap dan bunga-bungaan tempatan atau florikultur di negeri ini sekali gus berupaya mengurangkan import bunga segar pada masa hadapan”.

“Pesta Bunga ini tentunya menjadi platform kepada para pengusaha bunga-bungaan dan lanskap untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta mengadakan ‘business matching ’ bagi membangunkan industri florikultur di negeri ini,” katanya sambil berharap Pesta Bunga itu akan dapat memupuk budaya dan rasa cinta kepada keindahan flora serta amalan aktiviti landskap yang bermanfaat kepada masyarakat.

Hajiji berkata, sambutan Pesta Bunga di Taman Pertanian Sabah itu juga juga amat signifikan dan ia dapat menarik perhatian lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke pedalaman Sabah, khususnya di daerah Tenom.

“Oleh itu, pesta ini perlu diadakan setiap tahun dan saya mahu masyarakat kita akan terus menghargai dan menghayati kepentingan pemuliharaan spesies tumbuhan sebagai sumber makanan dan penyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Beliau berkata, Taman Pertanian Sabah sebagai Pusat Penyimpanan Khazanah Biodiversiti yang unik mempunyai lebih 1,500 spesies tumbuhan antaranya adalah orkid dengan sebanyak 350 spesies, halia hutan lebih 100 spesies dan buah-buahan dari dalam serta luar negara lebih 100 spesies di taman ini.

“Dengan adanya taman ini, tanaman makanan yang unik dan hanya terdapat di Sabah juga dapat dipulihara agar tidak pupus begitu sahaja. Ini juga akan menjadi satu tarikan kepada pelancong untuk datang ke taman ini,” katanya sambil menambah Taman Pertanian Sabah adalah produk pelancongan berasaskan pertanian yang unggul di negeri ini.

Sejak dibuka kepada orang awam pada 1 Okt 2000, seramai 471,299 pelawat dari dalam dan luar negara telah melawat taman ini atau purata 24,000 orang setahun sebelum pandemik COVID-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top