Industri Burung Walit Ada Potensi Dimajukan Di Tongod

burung-walit.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Industri burung walit dikenalpasti mempunyai potensi yang cerah untuk dimajukan di daerah ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Katanya, penduduk di Tongod wajar merebut peluang ekonomi jangka panjang sesuai dengan populasi unggas itu yang banyak terdapat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil kajian Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah selama enam bulan menunjukkan daerah ini berpotensi cerah menjadi penyumbang hasil sarang burung walit yang terbesar di Sabah.

“Selain sarang walit, tanaman padi dan durian merah juga mempunyai masa depan yang baik untuk dimajukan di daerah Tongod,” katanya sejurus menghadiri taklimat IDS di Pejabat Daerah Tongod, kelmarin.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu mahu warga temptan khususnya golongan Bumiputera menceburi bidang tersebut sesuai dengan bentuk muka bumi daerah itu yang berbukit-bukau.

Masiung berkata, jika warga Tongod kurang berkamampuan menceburi bidang industri walit dan pertanian lain, mereka perlu mencari jalan dengan menjalinkan usahasama dengan syarikat tempatan dan luar negara.

“Apa yang penting penduduk perlu keluar daripada belenggu ekonomi, di mana Tongod adalah antara lapan daerah yang masih tersenarai sebagai daerah termiskin di negara ini,” tambahnya.

Beliau juga menasihatkan warga di daerah itu agar tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata sebaliknya mereka perlu mencari pendekatan membangunkan ekonomi sendiri.

Masiung kemudiannya meninjau tapak Mini Kompleks Sukan Tongod bernilai RM15 juta yang masih dalam proses meratakan tanah.

Kompleks itu yang dilengkapi dengan bangunan arena belia, trek belapan dan pelbagai kemudahan sukan dijadualkan siap pada tahun depan.

Pegawai Daerah Tongod, Fauzi Norbeh bersama dengan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan hadir semasa taklimat tersebut yang dibentangkan oleh Ketua Unit Kajian Bersekutu IDS, Anita Limjoon. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top