Indonesia sedia beri peluang PMKS Sabah pasar produk di Kalimantan Utara

produk-sabah.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

TAWAU: Indonesia sedia memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah untuk memasarkan produk milik mereka ke kawasan Kalimantan Utara (Kaltara).

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia Tawau Heni Hamidah berkata usaha ini penting bagi membolehkan potensi kerjasama ekonomi membabitkan pasaran produk tempatan kedua-dua negara di kawasan sempadan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Produk PMKS perlu dipasarkan di Kaltara sama seperti produk usahawan usaha mikro, kecil dan menengah (UMKM) Indonesia yang kini mula dipasarkan di Tawau dengan kerjasama pemilik pasar raya.

“Bukan hanya Indonesian Corner yang boleh dibuka di Tawau tetapi kita juga berharap untuk kemungkinan wujud Tawau Corner atau Sabah Corner di Kaltara yang akan merapatkan lagi hubungan kerjasama masyarakat antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Indonesian Corner di Sthamin Supermarket Hilltop di sini yang disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy pada Sabtu.

Dalam pada Andi Muhammad Suryadi menyambut baik tawaran Konsulat Republik Indonesia Tawau dan berharap lebih banyak produk Sabah dapat menembusi pasaran Indonesia.

“Tawaran ini sememangnya satu yang positif dan boleh kita pertimbangkan untuk pastikan produk keluaran Sabah boleh dipasarkan secara meluas ke luar negara,” katanya.

Menurutnya perkara itu akan diteliti termasuk melihat permintaan pasaran serta produk Sabah yang boleh dipasarkan di kawasan itu. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top