Indonesia Luluskan Undang-Undang Pindah Ibu Negara Ke Borneo

parlimen-indonesia.jpg
Kongsi Bersama

JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang untuk memindahkan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan di Borneo, kata Speaker Dewan Rakyat, Puan Maharani, hari ini.

Undang-undang ibu negara baharu, yang menyediakan rangka kerja undang-undang untuk cadangan bercita-cita tinggi Presiden Joko Widodo (Jokowi), menetapkan bagaimana pembangunan ibu negara bernilai AS$32 bilion (RM133.88 bilion) akan dibiayai dan ditadbir.

Puan Maharani

Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa semalam berkata, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur itu akan dinamakan sebagai Nusantara dan nama itu dipilih dan disahkan Jokowi.

“Saya baru terima pengesahan dan arahan daripada Presiden Jokowi untuk menamakan ibu negara baharu Indonesia sebagai Nusantara.

“Pilihan itu dibuat kerana Nusantara sudah diketahui sejak dari dulu lagi, selain menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia,” katanya semalam.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada ibu negara baharu itu akan dijadikan sebagai wilayah atau bandar.

Pada 2019, Jokowi mengumumkan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta akan dipindahkan ke Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan yang semakin sesak di Jakarta, selain bandar raya itu dilaporkan semakin tenggelam. – AGENSI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top