Indonesia Juara Piala SMJ 2022

hajiji-piala-smj.jpg

Hajiji (tiga, kanan) bergambar bersama pasukan Indonesia yang menjuarai kejohanan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Indonesia menewaskan Sabah 5-0 untuk menjuarai Piala SMJ 2022 pada perlawanan akhir sulung Pesta Bola Merdeka Piala SMJ 2022 di Stadium Likas dekat sini pada malam Ahad.

Dengan kemenangan itu Indonesia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM120,000, manakala Sabah di tempat kedua menerima wang tunai RM70,000.

Satu lagi pasukan dari Sabah iaitu Sabah SMJ menduduki tempat ketiga dan memperoleh hadiah wang tunai RM50,000, manakala Sarawak di tempat keempat membawa pulang wang tunai RM30,000.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan kerjasama Kelab Bola Sepak SS90 Sabah bertujuan menghimpunkan semula bekas-bekas pemain negeri dan negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan pembukaan dan majlis penutupan kejohanan tersebut.

Beliau turut menyampaikan hadiah dan trofi kepada para pemenang.

Turut hadir Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Arif, Menteri Muda Kerja Raya Datuk Limus Juri dan timbalan pengerusi penganjur, Datuk Juil Nuatim.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top