Impian Sabah musnah

sabah-vs-haiphong.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Impian Sabah untuk mengekalkan reko kemenangan bersih di peringkat kumpulan saingan Piala AFC musnah apabila tewas 2-3 kepada Hai Phong FC dalam aksi sengit di Stadium Lach Tray, Vietnam malam tadi.

Sabah yang sebelum ini mengatasi Hougang United (3-1) dan PSM Makassar (5-0) ketinggalan pada minit ke-14 menerusi jaringan Nguyen Huu Son.

Hanya empat minit kemudian, pintu gol Sabah yang dikawal Damien Lim bocor lagi dan kali ini menerusi rembatan kaki kiri Dam Tien Dung.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun cuba bangkit dengan beberapa gerakan serangan dan usaha mereka berhasil pada minit ke-71 apabila Ramon Machado menyempurnakan hantaran Darren Lok.

Kedudukan itu hanya bertahan seminit apabila Tien Dung meledak gol ketiga Hai Phong untuk kelab Vietnam itu kembali menggandakan kelebihan.

Perlawanan sengit terus disajikan dengan Sabah memperoleh satu lagi gol menerusi rembatan jarak jauh daripada pemain gantian, Gary Steven Robbat pada minit ke-80.

Namun, jaringan itu tidak cukup untuk Sang Badak mengelak daripada mengalami kekalahan pertama dalam tiga aksi di pentas Piala AFC musim ini.

Keputusan itu menyaksikan Sabah dan Hai Pong kini berkongsi enam mata untuk berada dalam kelompok dua teratas Kumpulan H.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top