Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan

JIM-Labuan.jpg

Foto: BERNAMA

Kongsi Bersama

LABUAN: Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan kelmarin.

Pengarahnya Raymond Entalai berkata dalam operasi pada Khamis, pihaknya memeriksa 49 individu termasuk kanak-kanak sebelum menahan lima daripadanya yang berusia antara 11 hingga 66 tahun.

Pada Jumaat pula, seramai 32 individu diperiksa dengan seorang daripadanya ditahan, katanya sebagaimana dilaporkan Bernama semalam.

Beliau berkata kesemua yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mereka ditahan di Depot Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Pihak JIM Labuan akan mempergiatkan operasi secara berterusan bagi membendung kehadiran pendatang tanpa izin di pulau bebas cukai ini,”katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top