Imigresen Sabah hantar pulang 386 PATI Indonesia

PATI-indon.jpg

Kredit foto: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 386 warga Indonesia dihantar pulang melalui pelabuhan Tawau pada Selasa oleh pihak Imigresen.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, daripada 386 itu, 291 adalah lelaki dan 72 perempuan dan daripada jumlah itu, 23 adalah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

“Kesemua mereka adalah dari pusat tahanan Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Tawau dan Sandakan dan dihantar pulang ke Nunukan, Indonesia melalui laluan laut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ini adalah pengusiran keenam melalui laluan laut tahun ini, katanya sambil menambah bahawa tahanan itu telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sitti mengingatkan semua pendatang dan warga asing untuk memastikan permit kerja mereka dikemas kini dan memastikan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah bersama mereka.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya tidak tinggal lebih masa dan melanggar mana-mana undang-undang imigresen ketika berada di Sabah.

“Imigresen Sabah akan terus menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah,” katanya.

“Operasi pengusiran kami adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk menangani tahanan di depoh Imigresen di seluruh negeri,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top