Imigresen Hantar Pulang 124 PATI ke Indonesia Melalui Tawau

PATI.jpg

Gambar hiasan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 124 warga Indonesia yang berada di sini secara haram telah dihantar pulang ke negara asal melalui Tawau pada Khamis.

Program pengusiran di bawah Jabatan Imigresen negeri itu menyaksikan mereka dihantar pulang melalui laluan laut selepas menaiki kapal Mid East Express No 1 menuju ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

“Program ini dijalankan dengan kerjasama Konsulat Jeneral Republik Indonesia di sini.

“Program itu melibatkan pendatang tanpa izin yang ditahan di depoh Sandakan (52 individu), depoh Kota Kinabalu (42) dan depoh Papar (30).

“Mereka terdiri daripada 106 lelaki, 14 wanita dan empat remaja bawah umur 12 tahun ke bawah,” kata Jabatan Imigresen negeri dalam satu kenyataan.

Kesemua mereka didapati melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1973, dan Jabatan itu mengulangi bahawa warga asing mesti mempunyai permit perjalanan dan bekerja yang sah sebelum memasuki Sabah.

“Semua majikan juga mempunyai kewajipan untuk memastikan pekerja yang diambil bekerja mempunyai dokumen berkaitan.”

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top