Imbasan (2): PRN Pertama Sabah Selepas Pembentukan Malaysia

1.jpg
Kongsi Bersama

Pilihan raya negeri pertama yang diadakan di Sabah selepas penubuhan Malaysia adalah pada 8 hingga 23 April 1967.

Jumlah pengundi berdaftar hanya 193,713, tetapi tempoh pengundian mengambil masa yang lama disebabkan masalah komunikasi dan perhubungan pada masa itu.

Sejumlah 32 kerusi DUN dipertandingkan.

Tiga parti utama ketika itu ialah USNO, yang mewakili Bumiputera Islam, UPKO mewakili Kadazan dan SCA mewakili kaum Cina. Ketiga-tiga parti ini digabungkan di bawah Parti Perikatan Sabah, yang merupakan a marriage of convenience.

Yang menariknya parti-parti dalam perikatan itu dibolehkan berlawan sesama sendiri. Ini terutamanya disebabkan USNO dan UPKO ketika pertembungan pengaruh antara Tun Datu Mustapha (USNO) dan Donald Stephen (kemudiannya Tun Fuad, UPKO).

Keputusan pilihan raya itu menyaksikan USNO menang 14 kerusi, UPKO 12, SCA 5 dan satu kerusi lagi dimenangi calon Bebas.

Dalam pilihan raya itu calon tidak dibenarkan membelanjakan lebih daripada $7,500 (waktu ini belum RM).

Kebanyakan calon dikatakan tidak menghabiskan wang yang diperuntukkan itu. Malah Stephen Koroh (Almarhum Tun Suffian Koroh), yang ketika itu mewakili UPKO mengembalikan sebahagian wang tersebut kepada parti.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top