Imbasan (1): Sejarah Pilihan Raya Pertama Sabah

pru.jpg
Kongsi Bersama

Pilihan raya pertama di Sabah telah diadakan pada 16 Disember 1962 di bawah Local Government Elections Ordinance untuk 118 ward di pihak berkuasa tempatan. Ketika itu Persekutuan Malaysia belum dibentuk.

Setiausaha Kolonial bagi kerajaan tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya tersebut. Persempadanan ward telah dibuat dan pegawai-pegawai daerah telah dilantik sebagai pendaftar pemilih bagi setiap daerah berkenaan.

Daftar pemilih telah disediakan dan dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada mereka yang layak telah mendaftar. Kempen Pilihan Raya melalui radio, media cetak serta penyebaran risalah telah dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan rakyat.

Seramai 202 calon telah bertanding bagi 118 ward. Calon-calon di 53 ward telah menang tanpa bertanding.

Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada United Sabah National Organization (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP) dan United National Kadazan Orgnization (UPKO) telah mencapai kemenangan dengan 86.5 peratus undi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top