Imago Shopping Mall Ditutup Sementara

imago.jpg
Kongsi Bersama

 

KOTA KINABALU: Pusat beli-belah Imago Shopping Mall ditutup sementara bermula jam 5 petang semalam, 1 Ogos 2021.

Dalam kenyataannya Imago Shopping Mall mengatakan penutupan itu dibuat demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pekerja, penyewa dan pelanggan.

“Ini adalah usaha dan sokongan Imago Shopping Mall terhadap dasar pencegahan dan kawalan pandemik nasional.

“Imago akan dibuka semula bergantung kepada keadaan wabak Covid-19 serta selepas mendapat kebenaran dan persetujuan daripada pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Sabah Gazette difahamkan penutupan itu juga mempunyai kaitan dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertarikh 1 Ogos 2021.

Arahan itu menyebut penutupan Imago Shopping Mall bermula dari pukul 5 petang 1 Ogos 2021 sehingga 14 Ogos 2021 bagi tujuan menjalankan kerja-kerja basmi kuman.

Imago Shopping Mall dalam kenyataan yang sama mengatakan, kerja pembersihan dan pembasmian kuman akan dijalankan setiap hari sepanjang tempoh penutupan pusat membeli-belah itu bersesuaian dengan Garis Panduan/ Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top