IKRAR berperanan besar beri penjelasan hala tuju kerajaan negeri melalui SMJ – Nizam

datuk-nizam-apas-balung.jpg

Nizam melepaskan Program Kayuhan SMJ Santai Anak Muda Sabah Tapak Lintasan Deasoka Kota Kinabalu. (Kredit foto: FB Apas Balung Post)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat Sabah (IKRAR) mempunyai peranan besar dalam memberi penjelasan kepada belia khususnya berkaitan pencapaian serta hala tuju kerajaan negeri dalam Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ini adalah hasrat utama yang diihlamkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk melihat kesepaduaan rakyat sekali gus mengekalkan kebersamaan selaras dengan slogan Malaysia Madani.

Katanya, IKRAR akan memperluas program yang lebih menjurus kepada anak muda Sabah di seluruh negeri bagi memastikan belia dapat memahami peranan serta fungsi utama kerajaan negeri Sabah.

“Kita mahu melihat anak muda serta rakyat Sabah memahami konsep yang diperkenalkan dan secara tidak langsung kekal bersatu padu dalam kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

“Kita ingin tunjukkan Sabah adalah contoh kesepaduan yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum selain dapat menunjukkan contoh terbaik dalam kalangan negeri lain di negara ini.

“Saya melihat inilah tugas serta fungsi utama IKRAR dalam mendepani cabaran dan haluan yang perlu diambil untuk memastikan Sabah tidak lagi seperti dahulu,” katanya.

Nizam berkata demikian semasa mewakili Hajiji merasmikan Program Kayuhan SMJ Santai Anak Muda Sabah di Tapak Lintasan Deasoka Kota Kinabalu di sini, semalam.

Menurutnya, wujud ketidaksefahaman dalam kalangan sesama sendiri di Sabah dan sekiranya tiada dokongan serta sokongan yang boleh menyebabkan rakyat berpecah belah.

“Inilah peranan IKRAR dalam mewujudkan dan mengukuhkan kesepaduan, bersatu hati agar suara Sabah ini dapat dihormati bukan sahaja dalam kalangan kawan malah pihak lawan,” katanya.- Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top