IJN Digesa Tubuhkan Pusat Jantung Di KK

Dr-Eva-SOSHF.jpg

Dari kanan: Dr Siva Rao, Datuk Eva Susau, Dr Hasri Bin Samion, Dr Leong Ming Chern, Esther Chong Pi Hsueh.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu terletak di lokasi strategik di Borneo untuk menubuhkan pusat Penyakit Jantung Kongenital (CHD), kata Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF).

Presidennya, Datuk Eva Susau berkata, pusat itu boleh didirikan di Hospital Queen Elizabeth Dua, Universiti Malaysia Sabah atau pusat perubatan swasta lain.

Beliau membuat permintaan itu ketika bertemu pasukan pakar dari Institut Jantung Negara (IJN) yang melawat Kota Kinabalu pada 18 Februari lalu.

Tiga pakar dari IJN itu ialah Ketua Pegawai Klinik yang juga Perunding Kanan Pakar Kardiologi Pediatrik IJN Dr Hasri Samion, Timbalan Ketua Pediatrik IJN Dr Leong Ming Chern (Timbalan Ketua Pediatrik/Pusat Jantung Kongenital), dan Pakar Perakaunan, Pemasaran dan Pelancongan Kesihatan Esther Chong Pi Hsueh.

Bersama Eva semasa mesyuarat itu ialah Ketua Pakar Kardiologi Pediatrik Sabah, Dr Siva Rao.

Eva berkata SOSHF juha sudah lama berharap untuk memiliki Pusat Jantung Kanak-Kanak di Sabah, supaya orang ramai tidak perlu pergi jauh bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, sejak penubuhannya pada tahun 1981 telah menghantar 702 pesakit untuk pembedahan jantung pembetulan dan kebanyakan pesakit yang ditaja kini menjalani kehidupan normal.

“Bayangkan kanak-kanak berumur 14 tahun berjaya mendapatkan rawatan itu pada masa dahulu, hari ini dia sudah berumur 55 tahun.

Dalam pertemuan itu, pelbagai idea serta pandangan diilhamkan bagi meningkatkan kebajikan Penyakit Jantung Kongenital (CHD) agar para pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti bersama masyarakat.

Eva berkata, pihaknya ingin melihat kanak-kanak di Sabah yang mempunyai CHD mampu hidup dengan sinar harapan baharu, apabila pasukan IJN ini dapat bekerjasama dengan hospital di negeri ini dengan menghantar pakar mereka untuk membantu lebih ramai pesakit CHD.

“Berdasarkan kebarangkalian statistik 1% kanak-kanak yang mengalami CHD dalam setiap 100 dan dengan populasi Sabah sebanyak 3.8 juta, mungkin kita mempunyai kira-kira 38,000 orang pesakit CHD di negeri ini,” katanya.

Katanya, terdapat juga pesakit CHD dari Lawas, Sarawak datang ke Sabah untuk mendapatkan rawatan berkenaan disebabkan masalah pengangkutan.

 

Berita asal: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top