Idris Haron Berentap Enam Penjuru Di DUN Asahan

idris-haron.jpg
Kongsi Bersama

JASIN: Bekas ketua menteri Melaka era kerajaan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Idris Haron bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada PRN Melaka yang bermula dengan penamaan calon pada hari ini.

Beliau yang sebelum ini memenangi kerusi DUN Sungai Udang atas tiket UMNO/BN pada PRU 14 akan berdepan  dengan lima lagi calon, termasuk tiga calon Bebas.

Ketiga-tiga calon Bebas itu ialah Azmar Abdul Hamid, 49; Mohd. Akhir Ayob, 50; dan Mohd. Nor Salleh, 43.

BN menurunkan Fairul Nizam Roslan sebagai calonnya, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan B. Dhanesh, 29.

Proses penamaan calon di Kolej Komuniti Selandar berjalan lancar pada pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Asahan dimenangi calon BN, Datuk Abdul Ghafar Atan dengan majoriti 275 undian menewaskan calon PH, Zamzuri Arifin dan calon Pas, Azlan Maddin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top