Ibadah Korban Eratkan Silaturrahim – Hajiji

KM.jpg

TUARAN: Pelaksanaan ibadah korban mampu mengeratkan tali silaturrahim masyarakat negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, ibadah korban bukan sahaja sebagai iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim tetapi juga mampu mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum dan agama kaum di Sabah.

Selain itu juga, Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan agung masyarakat Islam melaksanakan ibadah korban selain meraikan jutaan umat islam yang berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Perasmian Dewan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Surau Al Jannah di IPD Tuaran pada Khamis.

Dewan yang dinamakan sempena nama beliau itu dilengkapi alat penghawa dingin dan mempunyai kapasiti seratus orang dalam satu masa.

Terdahulu, Hajiji menyerahkan sumbangan dua ekor lembu kepada IPD Tuaran untuk diagih-agihkan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim,  Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Ketua Balai Polis IPD Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag. Maidin. – JAPEN Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top