KOTA KINABALU: Tidak berbangkit soal Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang rendah keupayaan Sabah untuk membangunkan negeri sendiri, kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU Negeri Fairuz Renddan
Katanya, soal Presiden BERSATU tidak sensitif dengan keinginan rakyat Sabah juga tidak berbangkit sama sekali dan ianya adalah rekaan Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis semata-mata.
Beliau berkata, PM tidak pernah memandang rendah keupayaan Sabah untuk membangunkan negeri sendiri kerana Sabah mempunyai sumber asli yang begitu banyak dan hebat.
“Kerajaan Negeri berhak merancang dan melaksanakan apa jua program pembangunan untuk rakyatnya dan negeri Sabah menggunakan sumber yang ada.
“Ini hakikat yang tidak dapat dinafikan. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri merancang dan melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud yang mendakwa kononnya PM memandang rendah keupayaan Sabah untuk membangunkan negeri sendiri.
Fairuz berkata, ianya merupakan perasaan dan imaginasi Isnaraissah Munirah sendiri dan bukan suara rakyat Sabah.
Apa yg fairuz cuba sampaikan ni,rasa takda point yang cuba di ketengahkan menjadikan isu ini hambar dan kelihatan isu yb munirah lebih menonjolol