Hyellene dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024

unduk-ngadau-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hyellene Danius dari Inanam dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Kebangsaan 2024 di Hongkod Koisaan di Penampang pada Jumaat.

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsi Sin, Tenom yang berusia 27 tahun itu menewaskan 50 peserta lain.

Dengan kemenangannya Hyellene juga menjadi UNK peringkat Kebangsaan yang pertama berikutan peningkatan pertandingan ratu itu daripada status peringkat negeri ke peringkat kebangsaan mulai tahun ini.

Hyellene membawa pulang hadiah bernilai RM100,000, termasuk wang tunai RM12,000, mahkota, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Hyellenne dinobatkan oleh ratu Kaamatan Unduk Ngadau Negeri tahun lalu, Carol Abbey Gail Grimaldi, dari Papar.

Elldiwirna Saimen dari Kiulu dan Monicka Majin dari Keningau dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 dan RM8,000.

Kedua-duanya turut membawa pulang trofi, selempang, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Romandawi Gapari yang mewakili KDCA Johor mendapat tempat keempat, Liana Melve Grace Lias dari Tenom mendapat tempat kelima, Elviana Gunong dari Tongod di tempat keenam dan Richella Kan Siang dari Kemabong di tempat ketujuh.

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dan diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.
Hadiah bagi tempat ketiga dan keempat disampaikan Juliah Salag, manakala hadiah bagi tempat kelima sehingga ketujuh disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Cecilia Edwin.
Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top